Want your
own Fotopage?







 
Jiwa Kacau 's FotoPage

By: Jiwa Kacau

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Monday, 23-Mar-2009 15:24 Email | Share | | Bookmark
Jiwaku kacau lagi

Tak sangka pulak aku apabila berlaku kelembapan ekonomi, talian internet pun lembab juga. Fotopages pun lembab semacam. Nak upload gambar pun kat 1 jam.Letih aku menunggu tapi terpaksa jugak la demi bisnes dan marketing.

Awal bulan March aku tag along dgn ieman aliff, outdoor di penang bersama sepasang pengantin yang segak dan comel, sama cantik, sama padan. Nama aku tak ingat sebab bukan customer aku. Tapi depa ni memang best..enjoice!!


Yang dibawah ni pula majlis resepsi opismate bini aku, rosli dan fiza. Congrate tu both of you. Aku tembak free jer ni utk melengkapkan portfolio. Thanks to them..



Juga ucapan tahniah kepada pasangan yang jambu dari Kg. Gurun, Pmtg Bendahari, Fais dan Wani. Majlis resepsi pada 14March yang lalu berlangsung dgn meriah sehingga pengantin pun tak sempat possing hehe. Takpe kalu nak buat sesi outdoor cal jer NorthernWedding..


Salam. . . .lembab nk upload maby disebabkan file yang mempunyai pixel yg besar,try kecilkan pixel 600-800 widget . . .then tryn upload,mungkin lbh mudah utk upload n tak payah tunggu lama2. . .selamat mencuba !!! Fri 10-Apr-2009 03:49
Posted by:: : nak bantu : :
Salam. . . .lembab nk upload maby disebabkan file yang mempunyai pixel yg besar,try kecilkan pixel 600-800 widget . . .then tryn upload,mungkin lbh mudah utk upload n tak payah tunggu lama2. . .selamat mencuba !!! Fri 10-Apr-2009 03:52
Posted by:: : nak bantu : :
Thanks 'nak bantu'. Mmg dah tau pasal problem pixel yg besar tu. Tapi bila nak upload yg kecik langsung takleh. Maybe virus dok makan kot dalam. Anyway thanks bro Tue 14-Apr-2009 07:33
Posted by:Adiwira
Add comment


Thursday, 26-Feb-2009 12:35 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
 
 
 

Care to comment?


Monday, 23-Feb-2009 15:31 Email | Share | | Bookmark
Dari kerana kamera




Salam...

Dulu, fotografi adalah satu bidang yang aku minat tahap melampau. Cuma tak berpeluang nak belajar ilmu fotografi dan tak ada modal nak beli DSLR. Aku cuma mampu singgah di kedai-kedai kamera sekitar penang, stop by, belek2, jeling2, telan air liur dan blah. Mana ada duit nak beli. Gila..! Ribu-ribu punya barang. Nak beli kasut bundle pun aku fikir tujuh lapan kali.

Tapi itu dulu, sekarang ni aku dah ada modal. Minat memang dah lama terpendam. Bakat...taktau lagi. Kena beli dulu baru tau. Maka pada 20 Januari 2009 aku call otai fotografi kat area aku ni.. Cikgu Ajeez Sempoi Kalamentoi. Selepas berborak sedikit sebanyak, esoknya dengan ketar kaki aku aku melangkah ke Click n Snap, Komtar. Jumpa dgn Jackcon, minta nak beli Nikon D60, itu pesanan cikgu Ajeez, aku ikut bulat2. Kalau cikgu Ajeez kata pi beli kasut kat tingkat 2 dulu baru beli kamera, mungkin itu yg aku buat. Maklumlah aku ni anak murid yang dengar cakap.

Setelah dengan ketar tangan aku hulurkan RM2000 kat Jackson, D60 pun berpindah ke tangan aku. Selepas beberapa hari bertapa dengan cikgu Ajeez, ikut p job kenduri, telefon, sms sampai cikgu pun boring dengan aku (hehe sorry abg ajeez), maka terhasillah foto2 seperti di bawah. Tq cikgu...



Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.